Selamat menatapi dan menghayati bait-bait puisi karya Anismas Ar/ Dr. Samsina ar dalam Puncak Jihad.
Puncak Jihad diterbitkan oleh Penerbit UPM pada tahun 2008.
Kumpulan puisi ini merupakan catatan penyairnya di tanah Suci ketika menyempurnakan rukun Islam kelima dan umrah sebagaimana dituntut Islam.
Kembara yang ditempuh selama 47 hari berjaya menganugerahkan pengalaman amat bermakna dan berkesan dalam diri penyair.
Kumpulan puisi bukan sahaja catatan pengalaman penyairnya, namun lebih penting ialah falsafah pemikiran yang cuba diungkapkan oleh penyairnya demi renungan dan kebaikan umat sejagat, khususnya mengingatkan sekalian manusia tentang peranan dan tenggungjawab mereka sebagai hamba-Nya.
Penyair berharap, melalui kumpulan puisinya , para pembaca akan berniat, berazam dan berusaha untuk menjadi TETAMU ALLAH demi kesempurnaan iman dan Islam serta kesucian diri jasadi dan rohani.
Setinta Pena:
Lambaian Suci Mu
Aku datang menyambut panggilan-Mu ya Allah
Aku datang menyambut panggilan-Mu Ya Allah
Hamba datang menyambut panggilan-Mu
Sesungguhnya segala pujian, nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaan-Mu
Tiada sekutu bagi-Mu
Ya Allah
Ucap penuh kesyukuran
Akhirnya aku dijemput
Sebagai tetamu-Mu
Di tanah suci-Mu
Di rumah-Mu Ya Allah
Lautan Kesyukuran
Atas rahmat nikmat-Mu
Subhanallah- Maha suci Allah
Kerana mengizinkanku menyahut panggilan Mu
Kerana mengizinkanku
Mempersembahkan cinta dan rinduku
Terhadap-Mu
22 Nov 2006
Villa Firdausi BBB
Sedetik Terkenang Putera-Puteraku
Apa khabar anak-anak Ummi
Aiman. Firdaus, Hakimi
Seindah semerdu nama-namamu
Moga dirimu sejahtera selalu
Ummi dan Abah sentiasa mendoakan
Kebaikan
Kemuliaa
Kerahmatan
Keberkatan buat kalian
Telah terserukan roh-rohmu
Telah terpohonkan jasad-jasadmu
Mengabdi di sini
Di bumi penuh kemuliaan ini
Di bumi penuh kebaikan
8-9 Dis 2006
Hotel Al-Khazindar
Makkah al-Mukarramah
0 comments:
Post a Comment