CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Thursday, April 2, 2009

sEmaNis kata SehaLus bicara

Semanis Bicara Sehalus Kata…
Adda harap melalui blog ini, pengunjung blog sekalian sedikit sebanyak akan dapat mengenali Anismas ar dalam dunia penulisan sastera dengan lebih mendalam.
Semoga…apa yang adda catatkan dan apa yang dilalui Anismas ar dalam liku-liku kehidupannya dapat memberikan kita semua semangat untuk kita terus menghasilkan karya sastera tersendiri.
Jangan pernah kenal putus asa…
Kerana sastera itu Indah!
Kerana kita insan yang kreatif!
Dan kerana itu, figura kreatif ini untuk anda….

Sedikit Nukilanku- Sebarang komen dan teguran untuk membaiki penulisan ini adalah digalakkan.

BAHASA ITU
Engkau bukan aku
Aku bukan engkau
Engkau dan aku berbeza
Hidup di dunia yang penuh dusta
Namun kita belajar satu perkara yang sama
Aku lihat kau
Kau lihat aku
Mata kita serupa walau nafas kita berbeza
Untuk apa kita mengejar satu cita dan impian
Kalau tak daya menggapainya
Hanya kata tanpa usaha
Engkau atau aku
Kita masing-masing tahu
Segulung ijazah bahasa kita
Menyanyi-nyanyi gembira
Bahasa jiwa bangsa
Sedangkan belajar bahasa itu
Masih tercari aku maknanya
12 SEPTEMBER 2005


RINTIHAN DI PUSARA
Dalam ruang kosong ini
Yang ku rasa cuma bekunya merah tanah
Dan dinginnya malam biru
Bersama kelam ku angin sepi dan sayu
Dari sinar bulan yang pucat dan pilu
Sedang ketiadaan mu menghantuiku
Dengan aku masih terpaku di pusara mu
Bersama doa yang sedih
Sambil aku tertanya-tanya
Bisakah kau bangkit semula
Dan kenapa bukan nyawaku
Yang ku jumpa hujungnya
Di pusara mu
Bawah awan malam biru
Bersama sinar bulan pilu
Aku masih termanggu
7 SEPTEMBER 2008

DINGIN MALAM
Dingin malam ini
Di celah lorong-lorong
Ada tawa memecah kesunyian
Ada mata melirik pandangan
Ada jiwa kosong tak terbendung
Aksi liar di luar batasan iman
Dingin malam ini
Di celah lorong yang sama
Ada biri-biri malam jalanan
Mengembek dahaga cinta
Cinta sang penggoda
upah dibayar pengganti mahkota
Dingin malam ini
Di penghujung lorong
Masih setia di situ
Sedangkan yang lemah mudah tergoda
Hanyut dalam khayalan malam
Di himpit nafsu serakah kota
Oleh uda dan dara.
7 SEPTEMBER 2008

“ Banyak orang menanam pulut, Saya seorang menanam padi, Banyaklah orang karam di laut, Saya seorang karam di hati..”

0 comments: