02nOv,
mOndAy
mLm itU kAmi kEluAR,
mkn+miNum=sUkA SukA...
thAnks 4 da pReSent...
LovE sO mUch!
tq gjA+DinA...
OwEz bMy sIdE.
Wednesday, November 4, 2009
oN mA bIrth..swEet 23?
Posted by adda_justme at Wednesday, November 04, 2009 0 comments
kAwAn2, bUsUk hEre...
kt sUdAH inGAt pAsswOrd...
Posted by adda_justme at Wednesday, November 04, 2009 0 comments
Wednesday, April 29, 2009
Wat da Day??
rUpe2 nye nak Cari kerja tak semudah..
Apa aku nak buat??
Argh...
Tak kan nak jAdi suri Rumah Kot??
pEnat nyEEE...
Bangun-Tv- Masak-Makan + sebulan@ dua bulan = Penat/Kurus?? maybe not!!
Huhuhu... Today SweetsOur Call mE bAck!
Uh...Tinggi betul ego aku dari dia...
Thanks la kerna dia begitu Sabar pe'el aku Neh...
Yaya, I start new Story....
Posted by adda_justme at Wednesday, April 29, 2009 0 comments
Sunday, April 26, 2009
jiWa KacAu
haRi ini bukan seperti haRi biAsa,
bangun je terUs tak Tahu nak Buat apa,
mAklumlah rutin sekarang mungkin dah tak sama waktu di Upm...
Aghhh....
apa yang aku Rasa neh sgt x sUkE....
Apa nak wuAt nI??
Apa aKu nak Jadi ni???
JiWa kaCau apa Ubat nye??
tIba2 I feel nEed somEonE by my SidE- bUt whEre my swEetSouR???-
Posted by adda_justme at Sunday, April 26, 2009 0 comments
Friday, April 24, 2009
yAng tErlEwat
eSok tiAda lagi,
tiAda lagi Saat kita semUa berJalan kaki,
tiAda laGi sAat menungGu bAs yang Lewat dAtang,
tiAda lagi sAat merondA-rondA di fakUlti,
Saat memeTik buAh kesukaan,
semuA itu tiada lagI,
Adakah bisa semuA itu tErulaNg???
yaya-ety-meen-kecik-acap-fhad-mull-yati-lisa-rubi-n semUa yang kU kenali,
tOp floor girl-ZIE-MENI-AYIN,
AdakAh aku terlEwat??
thanks fOr EverythIng...
Posted by adda_justme at Friday, April 24, 2009 0 comments
Thursday, April 16, 2009
mAlam Merah Manis top fLoOr
Posted by adda_justme at Thursday, April 16, 2009 0 comments
Saturday, April 4, 2009
kEtikA & kALimAt
“Tidak ada esok, bukan pasal malam. Apa hidup ini, kosong tanpa cabaran. Inilah jenis manusia yang ingin dirakam. Semakin ke hujung perjalanan, hidup makin sukar. Pengorbanan dipertaruhkan.”
Masih berpinar dalam kepala untuk melahirkan kata-kata. Baru je nak menghembus nafas tanda lega. Ingat kan dah tiada kerja nak buat lagi. Rupa-rupanya ini merupakan tugasan terakhir dalam kursus ini. Terima Kasih Dr. Normaliza, kerana memberi tugasan ini. Nak pulak 10 m/s…Single spacing. Apa yang nak ditulis ini??? Selepas lama berfikir panjang tak kusedari tangan mula menaip. Eh..alih-alih ini yang ku tulis.
Syukur dengan adanya "Ketika dan Kalimat" ini, dapatlah saya meluahkan dan berkongsi penjalaman saya mengenai kursus BBM 3410 Bahasa dalam Multimedia. Dalam kursus ini, Dr Normaliza merupakan tenaga pengajar yang merangkap pensyarah dan penasihat dalam sebarang akitiviti kerja yang kami lakukan sepanjang 14 minggu bersama. Apa yang menarik dalam kursus ini? Pastinya, kami pelajar dalam kursus ini telah diberi pelbagai ilmu pengetahuan yang berkaitan multimedia. Daripada saya tak tahu nak buat blog, sekarang saya dah pandai buat blog. Daripada tak tahu nak buat web, sekarang hujung jari pun boleh buat. Apa yang penting, kerjasama… Itulah yang menariknya dalam kursus ini. Selama 14 minggu dalam kursus ini, kami akan melakukan tugasan secara berkumpulan pada setiap minggu. Di sini lah yang menuntut semangat kerjasama pasukan yang tinggi. Kerana apa? Kerana, sekiranya salah seorang daripada ahli kumpulan tidak menunjukkan komitmen, ini akan menjejaskan prestasi kumpulan dan mungkin… kumpulan itu tidak dibenarkan melakukan sebarang aktiviti. Sudah pasti ini akan menjejaskan markah yang dikumpul oleh kumpulan tersebut.
Begitu juga saya, saya mempunyai kumpulan yang digelar Gema Genderang. Kenapa GEMA GENDERANG? Itulah uniknya.. bagi kami nama tidak menjadi masalah, walaupun nama kami seakan tidak popular berbanding kumpulan Broadcaster, Nicchs, Lestary dan sebagainya. Mungkin ini sebagai satu perbezaan agar Dr. dan rakan-rakn kumpulan lain mengingati nama kumpulan kami yang ala..ala…Puitis! Yelah, ini lah jadinya bila linguistik campur sastera. Jadilah begitu. Ahli kumpulan mestilah terdiri daripada 6 orang. Dan nak tahu siapa ahli kumpulan saya?? Tentulah mereka yang sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dalam pasukan. Mereka semestinya Yaya, Ety, Diana, Gading dan ahli tunggal lelaki yang setia pada kami, siapa lagi kalau bukan Acap.
Tugasan kumpulan yang pertama sewaktu dalam kursus ini ialah kami ditugaskan untuk membuat kad kreatif yang memerlukan pengetahuan berkaitan 5 asas grafik yang perlu ada dalam sesebuah multimedia iaitu kesesuaian, keseimbangan, teks, warna dan mudah. Maka, aktiviti pun bermula. Kami diarahkan untuk mencari iklan di dalam majalah yang kami bawa sendiri dan dipadankan dengan asas grafik yang bersesuaian. Bukan lah main susahnya kumpulan kami, kerana pada waktu itu, kami cuma ada satu gunting sahaja. Bahan yang nak digunting bukan main banyaknya. Ada juga rasa macam di kelas Pra sekolah. Ala…sekolah adik-adik kita yang umur 5 tahun. Macam tulah…. Mana tak nya, Dr. pesan bawa satu gunting je. Tak terfikir la pulak yang gunting tu sangat penting dan nak digunakan oleh semua ahli kumpulan. Jadi kami hanya ada satu gunting aje. Itu pun Acap baru beli di SS. Yelah, tak pernah-pernah gunakan gunting dalam kelas sepanjang 3 tahun di sini. Itulah uniknya kursus yang aku ambil ini. Dan kawan-kawan, pengajarannya jangan jadi lurus sangat… kalau Dr minta apa-apa, bawalah lebih… Namun hasilnya sangat berbaloi…sangat memuaskan. Kumpulan kami dapat A+….seronok pula rasanya walaupun bekerja dalam tekanan. Kata Dr. Normaliza, biasakan bekerja di bawah tekanan. Dan saya akui,hasilnya kita akan menjadi lebih disiplin dalam melaksanakan tugasan.
Minggu berganti minggu. Seperti biasa disamping tugasan yang tersedia menanti, kami juga perlulah menyalin nota-nota yang sangat penting untuk input pada masa akan datang. Pelbagai ragam ketika menyalin nota. Ada yang menulis, ada yang menggunakan kamera digital, ada yang menggunakan kamera telefon. Pada mulanya, pelik juga aku dalam kelas ini. Tapi inilah yang dikatakan pelik tapi benar! Bak kata Dr. Normaliza, multimedia katakan…jadi aplikasikanlah multimedia dalam kelasnya dan gunakanlah kamera. Kerana kami semua takkan sempat nak menyalin notanya. Dan nak tahu kenapa beria sangat kami salin nota? Sebabnya, selepas sesi pembelajaran, kami akan disoal. Kumpulan mana yang aktif dalam sesi soal jawab itu diberikan markah. Sampaikan, kalau kumpulan itu ada ahli kumpulan nya bangun lambat untuk menjawab pun boleh jadi isu. Terus diberikan peluang kepada kumpulan lain. Dr. Normaliza tak suka lambat-lambat! Jadi berebut-rebutlah kami untuk menjawab. Ada yang berdiri, ada yang ternganga bila disoal, ada pula yang salah. Macam-macam ragam! Dan semua itu menyeronokkan….
Beralih ke aktiviti yang kedua…seingat saya, kami diarahkan untuk melakukan sesi bergambar…tapi gambar-gambar yang hendak diambil bukan sembarangan aje. Gambar yang diambil perlulah melambangkan simpulan bahasa melayu, atau peribahasa melayu. Dan aksi-aksi gambar tersebut perlulah dibentangkan di dalam kelas dengan menggunakan power point. Jadi pada petang itu sekitar fakulti Bahasa Moden pun di penuhi lah dengan pelajar-pelajar BBM 3410 dengan pelbagai aksi dan ragam dalam bergambar. Ada yang pose begitu, ada yang pose begini…lucu rasanya. Dan tak fikir rasa malu dan bila orang lain melihat gelagat kami. Yang penting kerja siap. Dah tak kuasa nak menangguhkan kerja. Pening kepala dibuatnya…
Sejujurnya, ada timbul rasa bebanan untuk menyiapkan setiap tugasan-tugasan yang diberi. Manakan tidak, lepas satu, satu kerja yang diberi… Urm…kadang-kadang ada juga mulut ni terlepas kata-kata yang tidak baik untuk kerja Dr Normaliza. Apa ingat kami ni robot ke?? Selain kursus ini, ada juga tugasan lain yang perlu kami disiapkan. Projek Ilmiah, Penulisan Novel dan Cerpen lagi….Maklumlah, banyak sangat kerja yang diberi. Betullah kata Dr. Normaliza, dia tahu ada pelajar-pelajar yang mengatanya, tapi itu semua atas kita sendiri. Kalau nak berkat, mengatalah dia selepas peperiksaan nanti. Kata Doktor sendiri…. Doktor jangan marah ya… Tapi selepas mengharungi 14 minggu yang penuh cabaran ini, baru saya mengerti yang mengejar ilmu tidak semudah kata-kata. Sebab itu ada pepatah Melayu mengatakan “Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih”. Bila difikirkan semula…memang ada kebenaran. Saya pun tak duga yang saya dan kawan-kawan lain boleh siapkan semua tugasan yang diberi. Cayalah semua.
Ada sekali tu saya merasakan tekanan sangat. Apabila aktiviti ketiga yang diberikan pada minggu seterusnya. Kami diajar mengenai E-Majalah. Justeru, kami diarahkan untuk membuat E-majalah kami sendiri. Jadi setiap kumpulan seharusnya membawa 5 helai kertas bersaiz A3 dan pensil warna. Karja pun bermula…. Dan langkah-langkah untuk mengahsilkan E-Majalah sangatlah rumit. Kami seharusnya memilih tema bagi E-Majalah kami. Atas persetujuan Ahli Gema Genderang, Tema Alam Fauna menjadi pilihan. Manakan tidak, kerana acap aje yang pandai melukis dalam kumpulan kami. Selepas bertanya pada Acap, apa yang boleh dilukiskannya. Nasiblah dia pandai melukis gambar haiwan. Kreatif juga kawan aku yang sorang ni! Tapi kawan-kawan lain pun kreatif juga termasuk aku…Selepas memilih tema, kami seharusnya membuat papan cerita bagi E-Majalah. Konsep papan cerita dianggap sebagai input dan maklumat bagi sesuatu kandungan yang diperlukan. Papan cerita yang kami hasilkan perlulah menepati aspek multimedia seperti teks, grafik, animasi, dan audio.
Selepas selesai Acap melukis, kami semua akan mengambil peranan dalam bab mewarna pula. Bayangkanlah, Dr. Normaliza cuma mahu pensil warna sahaja. Tidak boleh guna warna magik, katanya nanti warna tu tembus. Dah tak cantik nanti. Letih betul tangan ni mewarna. Sampaikan tak cukup masa. Bayang sajalah bekerja bawah tekanan. Kami terpaksa sambung kerja tu di latar siswa pula. Sebabnya kelas yang kami guna, ada kelas lain pula yang nak guna. Bertungkus lumus semua kumpulan menyiapkan. Orang lain yang berada di latar siswa memandang kami dengan peliknya. Mesti mereka tertanya-tanya, yang kami semua ni tengah siapkan kerja untuk subjek apa la kan…. Sebabnya dah memang hasil tu macam majalah, tapi majalah kanak-kanak kot. Buruk dan cantik tu biasalah, yang penting kita dah buat yang terbaik. Dapat juga kami hantar pada Dr. Normaliza petang itu. Apa yang penting tak kena reject! Penat oh nak buat semula….
Dalam kursus ini bukan bermain-main dengan aktiviti-aktiviti sahaja. Dengar macam seronok aje kan…tapi ada juga teori-teori yang kami pelajari. Bayangkanlah, kami semua terpaksa memerah otak untuk mengingati sesuatu yang pernah dipelajari dulu. Mana tidaknya, kami perlu membuat satu esei yang perlu ditaip di dalam Mic. Word sebanyak 10 halaman dan hantarkan esei berkenaan melalui emel Dr.Normaliza pada hari itu juga sebelum jam 2 petang. Tajuk yang telah kami terima “Peranan multimedia terhadap Alam Sekitar dan Kanak-kanak Istimewa”. Nasiblah dalam kumpulan, ety memang ada mengkaji golongan ini dalam projek ilmianya. Jadi dapatlah kami info sedikit sebanyak. Di tambah dengan pembacaan luas Acap, dapatlah kimi merangka dan menaip esei berkenaan. Namun, sejarah berulang kembali, apabila kumpulan kami hanya membawa satu laptop aje. Kawan-kawan…lepas ni kalau Dr. Normaliza minta bawa laptop, bawalah setiap seorang. Bukan laptop aje, apa-apa yang diminta beliau, bawalah dengan banyak. Supaya tak berlaku insiden sebegini. Bayangkanlah bagaimana kami perlu menaip dengan pantas, kerana bahan yang nak ditaip begitu banyak dan terhad masanya. Nasiblah ety dan yaya laju menaip. Akhirnya siap juga tugasan tersebut. Siapa kata bekerja bawah tekanan tak bagus? Yang bagusnya, kerja itu masih boleh siap dengan jayanya. Dan kini ku mengerti dengan apa yang Dr. Normaliza terapkan dalam pembelajaran kami. Pernah beberapa kali, apabila Dr. Normaliza tidak masuk kelas, Dr Arbaei Sujud a.k.a ketua jabatan kami akan menggantikan kuliah Dr. Normaliza. Pelbagai pengalaman menarik beliau berkongsi dengan kami. Lebih seronok kami dapat melihat bagaimana sesebuah kerja komunikasi dilakukan. Ye lah. Kami kan budak bahasa, jarang benar terdedah dengan kursus komunikasi yang saya rasa amat menarik itu. Itu pasal Dr. Arbaei. Beralih semula untuk kelas Dr. Normaliza ni…
Kelas Dr. Normaliza ni kalau kata mula jam 12, maka 12 lah ia. Tiada seorang pun boleh lewat datang. Kerana beliau seorang yang mementing masa. Mula-mula tu takut jugalah, yelah kita ni pun pelajar sebelum itu pasti ada kuliah yang lain. Buatnya kelas tu jauh atau luar dari fakulti… tapi itu dikecualikan. Apa ingat Dr. Normaliza tu kejam sangat?? Tapi, kita pun tak boleh nak duga kalau ada apa-apa kecemasan berlaku, sudah tentu akan mengambil masa sedikit. Dr. mengertilah…. Anak didikmu bukan sengaja lewat datang. Masih teringat satu peristiwa, di mana kumpulan lelaki datang lewat hari itu. Untuk duduk, mereka perlu memberi pantun 2 kerat. Apa lagi, ketawa kami yang mendengarnya..
Dalam kursus ini, aktiviti yang sukar saya lupakan adalah aktiviti program amal penyayang dengan anak-anak yatim. Kami perlu melawat rumah anak-anak yatim dan menjalankan aktiviti sehari bersama mereka. Oleh itu, kerja-kerja pun bermula. Acap sebagai pengarah program menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi. Walaupun hanya dia sahaja lelaki dalam kumpulan kami, namun dia bersedia mendengar idea dan pendapat kami dengan terbuka. Saya pula ditugaskan untuk membuat tugas-tugas khas. Manakala ety sebagai setiausaha, yaya pula bendahari. Disebabkan kami kekurangan bajet, jadi kami dengan sepakat telah mengeluarkan rm80 ringgit seorang. Walaupun nilai nye sedikit, melalui duit yang dikumpul itu, kami dapat menyediakan makan tengahari buat adik-adik dan petugas Asrama Penyanyang Nur Iman, Setapak. Duit yang selebihnya pula dapat kami belikan mereka bahan-bahan untuk goodi beg yang berisi air kotak, snak,gula-gula dan sumbangan daripada pihak PDRM berupa sapu tangan dan kotak mini first-aid.
Kami bertolak daripada UPM awal pagi pada 28 Feb 2009. Pelbagai aktiviti dijalankan khas buat adik-adik. Kami telah melakukan aktiviti gotong royong, Latihan Dalam Kumpulan (LDK), dan pelbagai lagi. Program ini telah meninggalkan kesan dalam hati ini. Manakan tidak, di sana aku menangis, Mengenangkan nasib anak-anak ini. Sempat aku berbual dengan dengan seorang anak yatim di sini yang meningkat remaja. Agak dewasa berbanding yang lain. Aku cuma bertanyakan sudah berapa lama dia tinggal di rumah tersebut. Namun, jawapannya memilukan hatiku. Dia bercerita segalanya. Katanya… “Saya baru pindah sini kak. Ayah dah meninggal. Ibu pula susah. Dia kerja cuci pinggan di kedai makan. Sebab tu saya dan adik duduk sini.” Dan sekali lagi, bila suatu ketika kami semua berkumpul di ruang tamu, kami bertanyakan kepada adik-adik tentang kerja sekolah mereka. Apabila saya bertanya kepada Adik yang sama, dia hanya terdiam. Lebih pilu, apabila datang suara kawan-kawannya mengatakan yang dia tak bersekolah. Tak dapat saya menahan sebak. Sedih mengenangkan nasib mereka. Tak dapat saya membayangkan nasib mereka tanpa ilmu. Namun, sehari bersama mereka, membuat aku lebih menghargai dan mensyukuri nikmat hidup ini. Apabila kami menyediakan makanan tengahari buat mereka, mereka menyatakan walaupun kecil apa yang kami buat untuk mereka, namun besar nikmatnya dalam diri mereka. Kanak-kanak ini seakan mengerti tentang hidup. Mereka yang kurang kasih sayang ibu bapa, menerima dan memupuk kasih sayang itu dalam kalangan mereka. Kehadiran kami bagai sinar yang mengembirakan mereka hari itu. Mereka seronok dan terhibur dengan aktiviti kami.
Namun setiap pertemuan, pastinya ada perpisahan. Pada petang, kami pun pulang. Jelas terpancar wajah-wajah kembali duka. Buat anak-anak ini, adik-adik ku sekalian, tiada apa dalam hidup ini melainkan kasih sayang keluarga yang menuntut kita bahagia. Kakakmu ini, berdoa, kelak akan kamu menjumpainya. Mungkin apabila dewasa, pupuklah sebuah keluarga bahagia. Ah! Sedihnya bila bercerita pasal keluarga. Tabahkanlah hati…. Dan kerja itu bukan berakhir setakat di situ. Balik nanti, kami perlu memilih gambar dan video yang bersesuai untuk kami bentangkan dalam kelas nanti. Jadi kami satu kumpulan pun mula membuat kerja-kerja tersebut. Acap yang terror mengenai movie maker pun memainkan peranannya. Untuk tugasan ini, kami perlu menyediakan video yang hanya 7 minit sahaja. Jadi pemilihan gambar termasuk video yang menarik dan baik perlu dilakukan agar dapat meninggalkan kesan kepada penonton.
Selesailah, semua aktiviti yang seingat ku dalam kuliah Dr Normaliza. Aikh, baru 8 m/s?? Urmm….apa lagi yang ku nak kongsikan? Ah, sebelum aku lupa, kembali dalam kelas Dr. Normaliza, pada kelas terakhir beliau, kami ada membuat satu aktiviti bonus untuk menambah markah katanya, Kumpulan yang pantas mencari silangkata berdasarkan apa yang telah kami pelajari selama 14 minggu akan diberi markah mengikut sebanyak mana yang mereka temui silang katanya. Namun, jangan dilupa, silang kata yang paling sikit dalam kumpulan akan dikira, Oleh itu, apa yang penting kerjasama! Tak boleh ada pentingkan diri. Jadi kumpulan Gema Genderang dapat 15/20. Ok lah kan... Selepas itu dengan menggunakan kertas yang sama, kami perlu melakukan origami berdasarkan gambar rajah yang Dr. sediakan melalui power point. Sesiapa yang lambat, slide akan diubah. Jadi perlukan tumpuan dan daya kreatif juga untuk berfikir. Tak ku sangka, ahli lelaki kumpulan aku, Acap pandai juga dalam origami. Dengan sekali ajar, ahli kumpulanku dan aku dapat menyiapkan origami ini dan kumpulan kami jadi kumpulan pertama menyiapkannya. Dapat markah bonus lagi. Biasalah, Gema Genderang katakan...
Baiklah… di samping kuliah Dr. Normaliza ni pada setiap hari Rabu jam 12-2, kami perlu juga menghadiri lagi satu kelas yang berkaitan dengan subjek multimedia jugalah. Kami harus menyertai kumpulan tutorial. Jadi kumpulan tutorial yang ku pilih adalah kumpulan 2 di bawah Cik Aliaa. Anak kepada Dr. Normaliza. Kelas tersebut bermula jam 5-7 pada setiap hari khamis. Hari pertama tutorial patutlah aku, yaya dan ety rasa berdebar semacam je nak masuk kelas Cik Alia. Boleh pula tu kami jadi terlewat. Mana tak nya waktu solat asar kan 4.40…jadi kami pun amik keputusan solat dulu. Tup..tup bila kami masuk, cik alia dan semua pelajar lain dah ada. Kami bertiga kena berdiri kat depan. Ikut hati, mati….Cik Alia pun garang macam ibu dia?? Itulah presepsi pertama aku. Mungkin juga Dr. Normaliza dah pesan dekat Cik Alia suruh garang ke? Itu aku pun tak tahu. Yang aku tahu, memang mulanya dia garang. Takut dibuatnya.
Tugasan pertama dalam tutorial ni. Aik? Dalam ni pun ada kerja… memang banyak kerja. Sapa-sapa yang tahu, tak apa. Kalau tak dapat A untuk kursus ini tak tahulah. Tugasan pertama, kami diarahkan untuk membuat pembentangan mengenai isu global dengan menggunakan power point. Bayangkanlah, tajuk pula nak masa tu jugak. Dah la kami lambat datang, kena berdiri pulak tu, nak fikir pulak tajuk apa yang sesuai. Dah tu tak boleh la nak sama dengan orang lain. Alamatnya, tajuk yang best-best pun dah dikebas orang. Ada orang lain dah pilih dulu. Bagi sape-sape yang terlambat macam aku ni kena lah fikir tajuk GLOBAL yang lain. Terus-terang, dalam kepala aku tak terfikir apa pun tajuk yang nak dibuat, selain daripada tajuk “Ujian Darah Thalassemia”. Itu je yang aku tahu dan boleh bantu aku dapatkan maklumat. Walaupun aku tak beritahu pada kelas yang aku sendiri pesakit Thalassemia, tapi sekurang-kurangnya dapat juga aku memberikan sedikit informasi untuk mereka jalani ujian darah Thalassemia kerana Thalasemia sejenis penyakit keturunan. Dan akhirnya, persembahan power point itu berjaya juga dijalankan. Cuma rasa kasihan aku kepada rakan-rakan yang mempunyai masalah dalam persembahan power point mereka. Disebabkan lagu mereka tidak kedengaran, maka mereka tidak berpeluang untuk membuat persembahan. Markah? Wallahualam…
Lagi la bertambah kukuh pandangan aku terhadap Cik aliaa. Memang agaknya orangnya sangat garang! Nak tanya apa-apa pun jadi takut. Tapi prinsip aku, kalau tak bertanya sesat jalan… Aku pun dari cuba-cuba tanya 1 soalan, beralih ke 2 soalan pula…dan seterunya. Apa pun aku tabik la pada Cik Alia yang sudi memberi tunjuk ajar kepada kami semua walaupun dai menunjukkan garangnya, namun hatinya baik…
Minggu berganti minggu, kerana adanya esok hari. Setiap minggu yang datang akan ada tugasan…Selepas membuat power point, kami diarahkan untuk membuat kalendar sendiri dengan menggunakan perisian Adobe Photoshop. Pertama kali aku gunakan perisian ini, maklumlah aku ni tak pandai multimedia. Namun dalam kelas ini aku berpeluang meningkatkan kemahiran aku dalam multimedia. Walaupun agak leceh, namun bila siapnya calendar yang aku hasilkan sangatlah berbaloi dan rasa puas hati dapat menghasilkan kalendar yang terpampang gambar aku. Ku akui setiap tugasan yang aku buat, semuanya menggunakan duit. Wah! Boleh pokai neh…. Kos kalendar ni aja sudah rm27. Urm…harap-harap Dr. boleh beri keputusan yang baik nanti. Amin! Tempoh masa menghasilkan kalendar ini selama 4 minggu. Berbaloi la kerana pembuatannya sangat rumit.
4 minggu yang dilalui pun berlalu, tibalah masa untuk penyerahan kalendar kepada Cik Alia. Seterusnya, kami ada lagi kerja yang menanti. Masa yang ditunggu-tunggu, rasa berdebar aku bila nak buat web. Macam aku dah katakan tadi, sememangnya aku ni kurang ilmu mengenai multimedia ni. Selalu aje fikirkan yang kerja-kerja multimedia ni susah. Macam-macam aku blaja benda baru. Daripada tak pernah dengar istilah link, hyperlink, baru aku jadi tahu. Dan sebenarnya, bila kita rasa ingin blaja sesuatu dan bersungguh-sungguh, pasti kerja yang dilakukan berjaya. Web aku kami perlu hasilkan adalah secara offline je.. kan mudah begitu… Dalam web tersebut, unsure-unsur yang perlu ada adalah tentang diri sendiri. Jadi untuk frontpage web, tema “Aku ADDA Kerana Kau Ada”. Cik Alia ada Tanya kepadaku, kenapa ADDA? Dan jawabku, itulah nama singkatan ku..dari Noor Syuhada kawan-kawan panggilku ADDA. Hidup ku perlu ada insan-insan yang bergelar kawan selain daripada keluarga (keutamaan). Bak kata Puteri, “Hidup ini sekali aje, jadi kita enjoy!!” Dan tanpa kawan-kawan aku rasa kesunyian….
Opps…dah tersasar dari perbincangan asal…maaf ye Dr… Baiklah, kita sambung semula. Dalam web yang aku hasilkan, aku letakkan butir-butir seperti tentang aku, keluargaku, pendidikan, galeri, sekadar renungan, dan sebagainya. Setiap new page yang dihasilkan perlulah di link satu persatu. Barulah nanti di frontpage aku boleh link kepada pendidikan, galeri dan sebagainya. Tapi akhirnya, baiki punya baiki…siap gak web aku. Cik Alia kata okey! Senang hati bila mendengar. Lama-kelamaan, hati aku mula berdetik…mengatakan Cik Alia ni baik hati orangnye… Saja je kot tunjuk garang, tak nak kami semua pijak kepala! Apa pun Cik Alia memang tutor yang bagus. Macam-macam ilmu yang bila kita tak paham, Cik Alia tunjukkan.
Huh…sampai juga aku di muka surat 10. Apa yang aku tulis awal tadi pun aku dah terlupa. Maaflah kalau ada yang ku luah dan kongsikan bertindih. Al-maklumlah, yang khilaf datang dari kita sendiri. Seronok pula bila dah dapat menulis begini…Tapia pa pun perlu akau undur kan diri. Novel menanti untuk tangan ini terus menaip… Namun, pena ku ingin berbicara lagi…. Masih dalam kelas tutorial…tugasan yang terakhir selepas Cik Alia semak web yang dihasilkan. Kali ini kami perlu membuat pula blog. Ha…ini saat yang aku tunggu-tunggu. Sejujurnya, aku tak pernah buat blog. Asyik dengar kawan-kawan ada blog sendiri. Aku harapkan , bila hasilkan blog ini, aku akan terus aktif membuatnya. Lagi-lagi apabila Yaya yang bersungguh suruh aku simpan blog ini. Katanya, senanglah lepas ni kami contact dalam blog. Macam-macam kami boleh tulis. Dalam blog yang kami perlu hasilkan adalah berkaitan dengan tokoh penulisan yang telah kami sendiri wawancara. Jadi dalam tugasan seperti ini, tiadalah istilah goyang kaki, sebabnya bahan bukti yang kami telah melakukan wawancara adalah gambar yang dirakam. Bagus…bagus… Agaknya Dr. dah sedia maklum ragam pelajarnya yang selalu ambil mudah. Dalam tugasan ini, aku membuat keputusan untuk mewawancara Dr Samsinar, pensyarah FBMK. Beliau banyak menghasilkan buku-buku, seperti Puncak Jihad, Anggur Kehidupan, dan Melepasi Aksara Usia iTu. Untuk blog ini, kerja aku pun dah selesai. Cuma tinggal nak edit-edit mana yang patut. Pelbagai info mengenai beliau yang aku paparkan.
Sebelum undur diri, izinkan diri ini memohon maaf sekiranya ada kata-kata yang mengguris perasaan semua. Tidak terniat untuk melukakan hati apatah lagi mengaibkan sesiapa. Cuma apabila dirasakan, tulisan ini untuk meluahkan perasaan, sejujurnya ini yang aku coretkan. Buat Dr. Normaliza…Kau pendidik yang sangat unik sifatnya. Hanya anak didikmu yang pernah bersama di dalam kelasmu yang tahu menilaimu. Usah peduli kata orang lain, tentang dirimu. Buat Cik Aliaa…kau tutor yang tak pernah sombong apabila ku bertanya. Terima Kasih. Buat rakan-rakan seperjuangan, mungkin ini saat terakhir kita bersama. Tak terungkap dengan kata-kata untuk setiap detik dan saat waktu kita bersama. Tempoh 3 tahun cukup singkat di sini. Panjang umur kita jumpa lagi.
“Banyak orang menanam pulut, saya seorang menanam padi. Banyak orang karam di laut, Saya seorang karam di hati…” -kata ini kupetik dari Imran Ajmain dalam lagu Ghaibmu-
Posted by adda_justme at Saturday, April 04, 2009 0 comments
Thursday, April 2, 2009
sEmaNis kata SehaLus bicara
Semanis Bicara Sehalus Kata…
Adda harap melalui blog ini, pengunjung blog sekalian sedikit sebanyak akan dapat mengenali Anismas ar dalam dunia penulisan sastera dengan lebih mendalam.
Semoga…apa yang adda catatkan dan apa yang dilalui Anismas ar dalam liku-liku kehidupannya dapat memberikan kita semua semangat untuk kita terus menghasilkan karya sastera tersendiri.
Jangan pernah kenal putus asa…
Kerana sastera itu Indah!
Kerana kita insan yang kreatif!
Dan kerana itu, figura kreatif ini untuk anda….
Sedikit Nukilanku- Sebarang komen dan teguran untuk membaiki penulisan ini adalah digalakkan.
BAHASA ITU
Engkau bukan aku
Aku bukan engkau
Engkau dan aku berbeza
Hidup di dunia yang penuh dusta
Namun kita belajar satu perkara yang sama
Aku lihat kau
Kau lihat aku
Mata kita serupa walau nafas kita berbeza
Untuk apa kita mengejar satu cita dan impian
Kalau tak daya menggapainya
Hanya kata tanpa usaha
Engkau atau aku
Kita masing-masing tahu
Segulung ijazah bahasa kita
Menyanyi-nyanyi gembira
Bahasa jiwa bangsa
Sedangkan belajar bahasa itu
Masih tercari aku maknanya
12 SEPTEMBER 2005
RINTIHAN DI PUSARA
Dalam ruang kosong ini
Yang ku rasa cuma bekunya merah tanah
Dan dinginnya malam biru
Bersama kelam ku angin sepi dan sayu
Dari sinar bulan yang pucat dan pilu
Sedang ketiadaan mu menghantuiku
Dengan aku masih terpaku di pusara mu
Bersama doa yang sedih
Sambil aku tertanya-tanya
Bisakah kau bangkit semula
Dan kenapa bukan nyawaku
Yang ku jumpa hujungnya
Di pusara mu
Bawah awan malam biru
Bersama sinar bulan pilu
Aku masih termanggu
7 SEPTEMBER 2008
DINGIN MALAM
Dingin malam ini
Di celah lorong-lorong
Ada tawa memecah kesunyian
Ada mata melirik pandangan
Ada jiwa kosong tak terbendung
Aksi liar di luar batasan iman
Dingin malam ini
Di celah lorong yang sama
Ada biri-biri malam jalanan
Mengembek dahaga cinta
Cinta sang penggoda
upah dibayar pengganti mahkota
Dingin malam ini
Di penghujung lorong
Masih setia di situ
Sedangkan yang lemah mudah tergoda
Hanyut dalam khayalan malam
Di himpit nafsu serakah kota
Oleh uda dan dara.
7 SEPTEMBER 2008
“ Banyak orang menanam pulut, Saya seorang menanam padi, Banyaklah orang karam di laut, Saya seorang karam di hati..”
Posted by adda_justme at Thursday, April 02, 2009 0 comments
Tuesday, March 31, 2009
Galeri
Sebelum adda dan rakan-rakan yang lain menamatkan sesi temu ramah kami…
Sempat jugalah adda bergambar dengan beliau…
1,2,3…senyum….
Meen pun ada sama…
Yaya pun nak juga…
Dan beberapa keping gambar yang sempat dirakam oleh lensa kamera ku…
Posted by adda_justme at Tuesday, March 31, 2009 0 comments
PermAta Hati Buat InSan “Anismas Ar”
Posted by adda_justme at Tuesday, March 31, 2009 1 comments
Masam-Manis Kehidupan
Seperti insan lain, beliau juga pernah dilanda badai. Ada kalanya dugaan datang dan disebalik dugaan pasti ada kemanisan.
Antara pengalaman pahit yang terpalit di mindanya adalah sewaktu beliau melahirkan anak keduanya tanpa suami di sisi. Ketika itu suaminya berada di Kanada atas urusan kerja.
Berikutan itu, pada tahun 1992, beliau disahkan menghidap ulser perut. Puncanya hanya gastrik. Beliau menanggung kesakitan salama kira-kira 3 bulan. Sepanjang tempoh itu, beliau pernah terlantar di wad ICU Hospital Kuala Lumpur.
Selepas 6 tahun, barulah kini beliau sembuh dari sakitnya. Namun, beliau masih berjaga-jaga dari aspek pemakanan agar kejadian itu tidak berulang. Katanya, sambil mengakui peritnya kesakitan yang ditanggung dulu.
Namun, pengalaman manis yang tidak dapat beliau lupakan adalah kejayaannya pada hari ini. Kejayaan pada hari ini adalah berkat usaha dan doanya suatu ketika dulu.
Posted by adda_justme at Tuesday, March 31, 2009 0 comments
Monday, March 30, 2009
RahSia KejAyAan
Saya sempat juga bertanyakan mengenai rahsia kejayaannya.
Beliau memberitahu bahawa rahsia kejayaannya pada hari ini adalah kerana usaha yang dilakukannya sewaktu menyiapkan Thesis untuk mendapat PHD dengan hanya tidur selama 3jam sehari. Beliau akan tidur pada jam 12 tengah malam dan bangkit semula pada jam 3 pagi.
Dengan hanya berbekalkan tidur 3 jam itulah, beliau dapat menyiapkan Thesisnya Cuma dalam masa 2 setengah tahun sahaja.
Hasil Thesis Beliau: Unsur-Unsur Tasawuf Dalam Puisi Melayu Moden di Indonesia dan Malaysia :Satu Analisis Perbandingan
Beliau menambah lagi, dalam hidupnya dia tidak pernah berhenti untuk berdoa agar dipermudahkan segala urusannya.
Pesannya:
“Percaya pada niat pasti boleh melakukan/ berjaya walaupun apa saja halangan menimpa.”
Sempat memberi rahsia untuk jadi pandai…
“Membaca! Bacalah… IQRA!"
Buku ibarat kekasih, sentiasa mengerti dn memberikan harapan...
Acap kali manusia dikecewakan sesama manusia tetapi buku tidak pernah mengecewakan walau bagaimanapun dilayan. Dia kekasih yang mengerti...
Justeru, hargailah ilmu, kembalikan semangat Hira' dan selami semula makna Iqra'...
Posted by adda_justme at Monday, March 30, 2009 0 comments
AnugErah Buat Yang tErbAik
Hadiah Sastera Perdana Malaysia
(kategori Esei Kritikan Sastera 2001)
Hadiah Sastera Darul Ta’zim Ketiga
(kumpulan puisi 2001)
Hadiah Sastera Darul Ta’zim Keempat
(kumpulan Puisi 2003)
Hadiah Sastera Darul Ta’zim Kelima
(Kategori Esei Kritikan Sastera 2005)
Hadiah Sastera Darul Ta’zim Keenam
(Kategori Esei Kritikan Sastera 2007)
Hadiah Sastera Darul Ta’zim Keenam
(Kategori Puisi Eceran)
Posted by adda_justme at Monday, March 30, 2009 0 comments
Buku Kumpulan Puisi - Melepasi Aksara Usia Itu
Kunmpulan puisi ini merupakan pengucapan rasa syukur Anismas ar kepada Yang Maha Esa kerana berpeluang melepasi usia 40 tahun. Kurniaan usia matang dan penuh pengalaman meniti usia dewasa yang penuh onak ranjau dan ujian.
Rasa syukur turut terucap atas segala pemberian yang tiada hentinya. Rasa syukur yang membina keinsafan dan taubat untuk lebih mendekati pencipta-Nya.
Melepasi AKsara Usia Itu memuatkan 50 buah puisi karya Anismas Ar yang diciptanya selama tiga tahun setengah. (April 2002- September 2005)
Sekuntum rasa sejambak bicara mengharum taman puisi, hayati bisikannya…
Melepasi Aksara Usia itu
Kupilih bicara diam
Melayari lautan syukur
Sujud bertafakur
Kubajai benih-benih insaf
Menyuburi pohon hayat
Melepasi aksara usia itu
Kupilih bicara bisu
Mengukir mangkuk madu ilmu
Bermujahadah berfikriah
Menggilap cermin diri
Mengenal maknawi
Melepasi Aksara Usia itu
Kusirami daun-daun sabar
Kubelai bunga-bunga murni
Agar besar rending
Menjadi naungan
Paying kemuliaan
Mengakrab Ilahi
Mensuci insani
Kamar 28, IDEAL
19 Jan 2003
Selain daripada Kumpulan Puisi ini, Anismas ar juga telah keluar dengan sebuah buku pada tahun 2002 yang diterbitkan oleh Penerbit Diwangsa Selangor. Kumpulan Puisi yang diberi nama Anggur Kehidupan dipilih oleh Anismas ar sempena masam-manis liku sebuah kehidupan yang dilalui sepanjang perjalanannya.
Posted by adda_justme at Monday, March 30, 2009 0 comments
Buku Kumpulan Puisi - Puncak Jihad
Selamat menatapi dan menghayati bait-bait puisi karya Anismas Ar/ Dr. Samsina ar dalam Puncak Jihad.
Puncak Jihad diterbitkan oleh Penerbit UPM pada tahun 2008.
Kumpulan puisi ini merupakan catatan penyairnya di tanah Suci ketika menyempurnakan rukun Islam kelima dan umrah sebagaimana dituntut Islam.
Kembara yang ditempuh selama 47 hari berjaya menganugerahkan pengalaman amat bermakna dan berkesan dalam diri penyair.
Kumpulan puisi bukan sahaja catatan pengalaman penyairnya, namun lebih penting ialah falsafah pemikiran yang cuba diungkapkan oleh penyairnya demi renungan dan kebaikan umat sejagat, khususnya mengingatkan sekalian manusia tentang peranan dan tenggungjawab mereka sebagai hamba-Nya.
Penyair berharap, melalui kumpulan puisinya , para pembaca akan berniat, berazam dan berusaha untuk menjadi TETAMU ALLAH demi kesempurnaan iman dan Islam serta kesucian diri jasadi dan rohani.
Setinta Pena:
Lambaian Suci Mu
Aku datang menyambut panggilan-Mu ya Allah
Aku datang menyambut panggilan-Mu Ya Allah
Hamba datang menyambut panggilan-Mu
Sesungguhnya segala pujian, nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaan-Mu
Tiada sekutu bagi-Mu
Ya Allah
Ucap penuh kesyukuran
Akhirnya aku dijemput
Sebagai tetamu-Mu
Di tanah suci-Mu
Di rumah-Mu Ya Allah
Lautan Kesyukuran
Atas rahmat nikmat-Mu
Subhanallah- Maha suci Allah
Kerana mengizinkanku menyahut panggilan Mu
Kerana mengizinkanku
Mempersembahkan cinta dan rinduku
Terhadap-Mu
22 Nov 2006
Villa Firdausi BBB
Sedetik Terkenang Putera-Puteraku
Apa khabar anak-anak Ummi
Aiman. Firdaus, Hakimi
Seindah semerdu nama-namamu
Moga dirimu sejahtera selalu
Ummi dan Abah sentiasa mendoakan
Kebaikan
Kemuliaa
Kerahmatan
Keberkatan buat kalian
Telah terserukan roh-rohmu
Telah terpohonkan jasad-jasadmu
Mengabdi di sini
Di bumi penuh kemuliaan ini
Di bumi penuh kebaikan
8-9 Dis 2006
Hotel Al-Khazindar
Makkah al-Mukarramah
Posted by adda_justme at Monday, March 30, 2009 0 comments
Thursday, March 26, 2009
BiOgrAfi AnismAs ar
Nama : Dr. Hajah Samsina Hj Abd. Rahman
Tarikh lahir : 19 Januari 1962
Asal : Desa Serom 5, Sg Mati, Muar Johor.
Profession : Pensyarah Kanan Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM
Bidang Kepakaran : Kesusasteraan Melayu khususnya Puisi Melayu, Falsafah dan Pemikiran dalam Kesusasteraan Melayu dan Kesusasteraan Melayu Islam (tasawuf).
Nama Suami : Dr. Haji Syarifudin Yusup.
Pendidikan :
Sekolah Rendah (Inggeris) Abdullah, Sg Mati, Muar Johor.
Sekolah Menengah Pei Hwa, Sg. Mati, Muar Johor.
Sekolah Menengah Convent , Muar Johor.
Maktab Adabi Maharani, Muar.
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi Selangor. (1982)
Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian (Kelas Dua Atas) 1986
Ijazah Sarjana Persuratan 1990
Ijazah Doktor Falsafah 1998
Ph. D “Teori Takmilah”
Penglibatan:
Di UKM aktif dalam persatuan penulisan puisi.
Ahli grupemuisi 1982-1990
Setiausaha penerbitan dan publisiti
Persatuan Antropologi dan Sosiologi UKM
Editor bulletin IBKKM, UKM.
Kumpulan Puisi yang dihasilkan berjudul:
Pelayaran (1984)
Anggur Kehidupan (2002)
Melepasi Aksara Usia Itu (2006)
Puncak Jihad (2008)
Sebagai pengkaji, peminat, pencinta dan penghasilan karya kesusasteraan khususnya puisinya dan esei kritikan sastera , beliau sering menghadiri aktiviti sastera tanah air dan luar Negara membentang kertas kerja seperti pada pertemuan Hari Sastera, Majlis Diskusi-Diskusi sastera, Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Melayu, Seminar Serantau Bahasa, Sastera dan Budaya Melayudan Pertemuan Dunia Melayu.
Posted by adda_justme at Thursday, March 26, 2009 0 comments
IdoLa ku...
Dr. SamSina Abd. Rahman.
Di fakulti saya sendiri terdapat penulis yang menjadi idola dan sumber inspirasi saya untuk menulis.
Beliau merupakan seorang pensyarah kanan di jabatan Bahasa Melayu (kepakaran dalam kesusasteraan melayu)
Jom kenali penulis yang berbakat ini...
Posted by adda_justme at Thursday, March 26, 2009 0 comments
tEntAng AkU...
bUkiT AmAn, kUaLa LumpUr,
mALAysIa...
SekArang bElajaR di tahUn akhiR UPM.
di sini ramai Kawan-kaWan yang saye jumPe,
macam-macam perangai, tapi apa yang pEntinG...kErjasamA!
Di sini JugA saya Seronok sebab Ada Cousin yang g'ila-gila' dibuatnya...
yaYa kau yang Gilak! SelalU buAt aku Tersenyum....
nOor NaDia Saari nama di beri..
Ini lah sepupuku yang sangat memahami...
Gambar ni waktu kami pergi majlis makan Malam kolej KPZ,
yang sorang pakai Dress, sorang lagi pakai sari...
memang sesuai!! peRlu ke?
huhuhu...
bErsama dengan Budak-budak Bahasa dan Linguistik memberi banyak kenangan yang seronok. bersama selama 3 tahun meninggalkan banyak kenangan yang indah...
Semoga kalian terus bErjaya dalam apa jua yang diusahakan...
P/s: Acap, gAding, Ety, Yaya, Diana...terima kasih jadi ahli kumpulan yang terbaik!!
Posted by adda_justme at Thursday, March 26, 2009 2 comments